Ilkay Gundogan Bakal Beraksi Untuk Manchester United Musim Depan


The Miror hari melapurkan bahawa bintang Borussia Dortmund, Ilkay Gundogan hampir pasti untuk menyarung jersi Manchester United musim depan dengan yuran perpindahan sebanyak £32 juta. Kedua-dua kelab juga dikatakan bersetuju yang pemain Jepun, Shinji Kagawa dimasukkan dalam perjanjian tersebut dengan Kagawa kembali ke Bundasliga bersama Dortmund. CEO kelab, Ed Woodward dilapurkan sebagai sibuk menguruskan soal perpindahan dengan Gundogan, Cavani dan Kroos antara pemain yang cuba dibeli oleh The Red Devils. Setakat ini, United hanya yakin yang mereka boleh mendapatkan Ilkay Gundogan. 


David Moyes yang sememangnya berminat dengan pemain Jerman ini bagi menguatkan pasukannya musim depan turut berharap dapat mempertingkatkan barisan pertahanan. Pemain Porto, Eliaquim Mangala dilapuran sebagai pilihanutama Moyes dengan Manchester City turut berminat dengan pemain tersebut.

No comments:

Post a Comment