Leighton Baines Pilihan Moyes, Evra Ke Monaco?


Persembahan konsisten Leighton Baines untuk Everton dan England telah membuatkan pengurus baru Manchester United, David Moyes dilapurkan sebagai amat berminat membawa anak didiknya itu mengikuti beliau ke Old Trafford. Namun, Manchester United telah pun mempunyai pemain bek kiri bertaraf dunia iaitu pemain Perancis, Patrice Evra. Teka-teki mengenai kedudukan Baines dan Evra semakin rumit dengan kepulangan pemain Brazil, Fabio Da Silva setelah dipinjamkan ke QPR musim lalu. David Moyes perlu membuat keputusan cepat dengan "tingkap perpindahan" semakin hampir dan Baines serta Evra menjadi tarikan banyak kelab lain di Liga Perdana Inggeris dan Perancis.


Prestasi turun naik Evra dua musim kebelakangan serta faktor usia mungkin akan mengakibatkan beliau menjadi pemain senior pertama di pindahkan dari Man Utd apabila Moyes mengambil alih secara rasmi tanggal 1hb Julai nanti. Kelab kaya raya dari Perancis, Monaco juga dikatakan berminat untuk membawa pulang Patrice Evra dan sekaligus memberikan sedikit bantuan kewangan buat Moyes membeli Leighton Baines. Evra juga cuma tinggal dua tahun kontrak dan ini peluang terbaik Man Utd menjual dengan harga yang agak tinggi.


- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment