Ander Herrera Pilihan Terbaru Moyes


Setelah gagal memikat beberapa pemain tengah handalan untuk bermain bagi Manchester United musim ini, David Moyes kini mengalihkan perhatiannya kepada Ander Herrera dari Athletic Bilbao. Pengurus Manchester United itu telah pun membuat satu tawaran pada hari Khamis lalu dan dikatakan akan cuba membuat satu tawaran lagi sebelum 'transfer window' di tutup hari Isnin ini.Selain dari itu, pemain tengah Itali,  Daniele de Rossi yang bermain dengan pasukan Roma juga dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. 

Penyokong-penyokong Red Devils masih mengharapkan sekurang-kurangnya satu pemain baru di bawa masuk oleh David Moyes. Bahagian tengah dilihat sebagai bahagian yang sedikit lemah oleh ramai pihak dan kehadiran seorang pemain yang kreatif diperlukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Scholes. Nama Herrera bukanlah menjadi sebutan peminat-peminat yang lebih mengharapkan pemain-pemain yang lebih ternama seperti Fabregas, Ozil mahupun Modric. Namun, dalam kegalutan kelab-kelab dimusim perpindahan kali ini, David Moyes dan Manchester United terpaksa melihat pilihan-pilihan yang lebih realistik seperti Herrera dan juga Fellini.

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment