Radamel Falcao Dan Louis Van Gaal Dah Tak Sebulu?


 Aduhh.. masaalah ini. Banyak pihak yang kini melapurkan hubungan antara penyerang sensasi dari Colombia, Radamel Falcao dan pengurus Manchester United, Louis Van Gaal kini mulai renggang. Falcao dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan Van Gaal terhadapnya terutama sekali bila diketepikan dari skuad Th Red Devils ketika menentang Southampton hujung minggu yang lalu. Kini, bekas legenda bolasepak Colombia, Faustino Asprilla mendakwa hubungan itu telah rosak dan Falcao akan meninggalkan United dihujung musim nanti selepas tempoh pinjamannya tamat.


Berita ini pasti mendukacitakan penyokong Manchester United yang mahukan Falcao kekal di Old Trafford. Biarpun masih gagal menyesuaikan dengan Liga Perdana Inggeris, namun kewibawaan dan kehebatan Falcao jelas diperlihatkan oleh pemain ini. Mungkin beliau perlukan masa untuk mendapatkan kembali ketajaman dan keyakinan diri.

Tindakan Van Gaal yang meletakkan Falcao di possisi  di belakang Van Persie juga kurang disenangi oleh pemain itu dan peminat-peminat. Ramai yang mahukan penyerang Colombia itu bermain di possesi nombor 9 iaitu paling hadapan sekali kerana di situlah letaknya skill utama Falcao – menjaringkan gol!

Apa-apa pun kita harapkan kata-kata Asprilla tidak betul! Dan Falcao akan terus bersama Manchester United di musim hadapan kelak. GGMU!

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment