Crystal Palace 0 Manchester United 2



David Moyes seakan mendengar luahan para penyokong Manchester United malam tadi. Buat kali pertamanya beliau mengenepikan corak permainan menggunakan sayap dan menurunkan kesemua bintang Red Devils – Rooney, RvP, Mata dan Januzaj dalam kesebelasan utamanya. Hasilnya adalah gaya permainan ‘Tiki Taka’ ala Manchester United dengan kawalan bola sebanyak 73% dalam separuh masa pertama berbanding 27% sahaja oleh Crystal Palace. Biarpun separuh masa pertama berakhir dengan 0 -0 dengan hanya sedikit peluang diperolehi, namun Red Devils dapat merasakan pasukan lawan lemas dalam tekanan dan akan membuat kesilapan juga bila mereka penat bertahan degan kesemua pemain mereka dalam kawasan sendiri.

Akhirnya diminit ke 60, bekas penyerang Arsenal, Marouane Chamakh membuat kesilapan dengan ‘miss timed tackle’ terhadap Patrice Evra di dalam kota penalty. Robin Van Persie dengan tenang menyempurnakan tendangan penalti dengan rembatan kencang yang langsung tidak mampu di selamatkan oleh Julián Speroni. 

Gol tersebut membuatkan Crystal Palace terpaksa keluar dari kawasan mereka bagi mencari gol penyamaan dan ini membuka ruang untuk Manchester United membolosi gol mereka lagi. Patrice Evra yang cemerlang dalam perlawanan ini sekali lagi terlibat dalam jaringan United. Hantarannya kepada Rooney dalam kotak penalti disempurnakan dengan satu half volley yang cantik oleh penyerang England itu. Crystal Palace 0 Manchester United 2

No comments:

Post a Comment