A-League All Stars 1 - 5 Manchester United


Gambar: www.facebook.com/manchesterunited
Manchester United mencatatkan kemenangan bergaya 5  - 1 ke atas A-League All Stars semalam yang membariskan bintang-bintang dari Liga A Australia. Ia merupakan kemenangan pertama yang dikecapi oleh David Moyes sebagai pengurus ‘The Red Devils’. Tambah mengembirakan Moyes adalah persembahan yang baik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda seperti Jesse Lingard, Wilfried Zaha dan Adnan Januzaj yang bakal menjadi pelapis pemain-pemain yang sedia ada di masa akan datang. Malahan, Lingard turut meletakkan namanya sebagai penjaring gol dalam perlawanan semalam.


Perlawanan antara Manchester United dengan A-League All Stars telah dilangsungkan di stadium ANZ di Sydney Australia dan disaksikan oleh lebih 80,000 penonton. Gol-gol Manchester United dijaringkan oleh Jesse Lingard (2), Danny Welbeck (2) dan Robin Van Persie. Bekas penyerang kelab Burnley, Besart Berisha membalas satu gol buat A-League All Stars. 

Manchester United akan meneruskan lawatan sambil latihan sebelum musim dengan pergi ke negara Jepun selepas ini. Di sana, United dijadualkan untuk bertemu kelab J-League, Yokohama F. Marinos. Glory Glory Man Utd.

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment