Manchester United Naikkan Tawaran Ke Atas Cesc Fabregas

David Moyes nampaknya bersungguh-sungguh mahu membawa Cesc Fabregas ke dalam pasukan Manchester United. Mungkin juga agen dan pemain tersebut ada memberi petunjuk bahawa Cesc Fabregas bersedia ke Old Trafford jika Barcelona bersedia melepaskan bekas pemain tengah Arsenal itu. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang bukan? Lapuran Sky Sports semalam menyebut bahawa The Red Devils telah menaikkan tawaran pembelian Cesc Fabregas dari £26 juta ke £30 juta. The Miror turut melapurkan bahawa juara Liga Perdana Inggeris bersedia membayar gaji pemain tengah Spanyol itu melebihi £200,000 seminggu iaitu sebaris dengan pemain sensasi, Robin Van Persie.


Dalam temuramahnya dengan media, David Moyes telah beberapa kali mengulas bahawa bahagian tengah Manchester United adalah menjadi keutamaannya. Oleh itu, pengurus baru United inni pastinya ingin memastikan dia dapat membawa masuk seorang pemain tengah berkualiti bagi membantu Michael Carrick yang menjadi tunggak utama sebelum musim baru bermula. Nama-nama seperti  Marouane Fellaini dan Luka Modric turut di sebut sebagai antara yang menjadi sasaran Moyes. Akan tetapi, jelas bahawa Cesc Fabregas adalah pilihan UTAMAnya.

Ramai yang tidak yakin Cesc Fabregas akan dilepaskan oleh Barcelona yang baru sahaja menjual Thiago Alcantra. Akan tetapi, ramai juga yang percaya Fabregas mungkin ingin meninggalkan Barcelona bagi mencerahkan peluang mewakili Spanyol di Piala Dunia di Brazil tahun depan. Di Barcelona, Cesc Fabregas hanya menjadi ‘back-up’ kepada Xavi dan Iniesta, akan tetapi di Manchester United, dia bakal menjadi tonggak utama di bahagian tengah. 

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment