LIVE STREAMING - Liverpool v Manchester United


Dua kelab paling berjaya dalam bolasepak Inggeris akan bertemu lagi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini. Liverpool v Manchester United hari Ahad, pukul 8.30 malam di Astro atau live streaming di web secara langsung dari Anfield. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan perlawanan yang dijangka hebat ini. Siapakah yang akan menang? Liverpool? Manchester United?


Manchester United mungkin akan mengekalkan kesebelasan utama yang turun menentang Chelsea minggu lepas. Dengan rehat yang mencukupi dan keserasian pemain-pemain yang telah beraksi, David Moyes pastinya tidak mahu mengubah sistem dan pemain yang ada. Jika ada pun, kami jangkakan Ryan Giggs atau Ashley Young di bawa masuk di sebelah sayap kiri bagi Danny Welbeck yang agak kurang selesa di posesi tersebut. Agak malang bagi Danny jika direhatkan kerana dia telah pun memberikan persembahan yang baik setakat ini, cuma agak sukar bagi memisahkan kombinasi RVP-Rooney di hadapan.

Lain-lain posesi nampak bagus kecuali Phil Jones yang kurang selesa di bek tengah. Dengan Rafael Da Silva masih belum pulih sepenuhnya, Moyes dijangka mengekalkan Jones di sana. Pilihan lain buat Moyes ialah dengan memasukkan Chris Smalling atau Fabio Da Silva.

Peminat-peminat Manchester United jangan lupa tonton perlawanan ini dan sama-sama kit harapkan MU akan menang! Glory Glory Man Utd!

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment