Rooney Tidak Beraksi - Liverpool v Manchester United


Wayne Rooney kemungkinan besar tidak akan beraksi dalam perlawanan antara Manchester United dengan Liverpool di Anfield hari ini setelah mengalami kecederaan di kepala semasa latihan di pusat latihan Carrington.

Rooney dikatakan berlaga kepala dengan pemain pertahanan keras, Phil Jones menyebabkan penyerang England itu di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kecederaan dikatakan serius dan Rooney mungkin juga terlepas untuk beraksi bersama England bagi pusingan kelayakkan Piala Dunia minggu depan.


Danny Welbeck dijangka akan berpasangan dengan Robin Van Persie jika Rooney gagal pulih dan beraksi. Ryan Giggs atau Ashley Young akan mengambil tempat di bahagian sayap kiri. Javier Hernandez pula dikatakan sudah pulih dan mungkin berada di bangku simpanan hari ini.

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment