Wayne Rooney Akui Tak Puas Hati Dengan Alex Ferguson


Wayne Rooney dalam temuramah terbaru dengan pihak media mengesahkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan Sir Alex Ferguson mengenai isu posisinya sehingga hubungan mereka renggang musim lalu. Menurut Rooney, beliau mahu bermain di bahagian serangan dan tidak gemar diletakkan dibahagaian tengah sebagaimana dilakukan oleh Sir Alex musim lalu. Dalam musim terakhirnya di Old Trafford, Sir Alex meletakkan Rooney di enam posisi berlainan dan tidak menurunkan penyerang England itu dalam kesebelasan utama menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara.
Ternyata Wayne Rooney merasa tersinggung dengan situasi tersebut, namun Sir Alex terkenal dengan sikapnya yang mahu hanya satu pemain UTAMA dalam pasukan Manchester United dan musim lalu Sir Alex mengenal pasti Robin van Persie sebagai pemain utama. Pemain-pemain lain hendaklah mengikut perancangan yang dibuat oleh Sir Alex bagi memastikan RVP mendapat banyak peluang menjaringkan gol. Pemain-pemain lain termasuklah Wayne Rooney.

Pengganti Sir Alex, David Moyes nampaknya berlembut dengan Rooney dan cuba memberikan ruang padanya untuk membentuk gandingan mantap dengan Van Persie. Samada perancangan Moyes akan membuahkan hasil atau tidak, hanya masa menentukan nanti. Yang pasti buat masa ini, Rooney meluahkan rasa gembira dengan tindakan David Moyes dan mahu membalas kepercayaan Moyes terhadapnya. Semoga berjaya Rooney. GGMU!

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment