Micheal Carrick Adalah Tonggak Utama Manchester United


Lupakan Wayne Rooney, lupakan Robin Van Persie, tonggak utama Manchester United adalah pemain tengah England, Michael Carrick. Pemain yang sering di 'underrated' oleh kebanyakkan peminat bolasepak adalah pemain yang paling konsisten bagi The Red Devils. Carrick mempunyai skil hantaran bola yang antara terbaik di dunia dan mempunyai teknik merampas bola yang amat baik. Oleh itu, beliau mampu mengalas tugas melindungi bahagian pertahanan dan pada masa yang sama memulakan serangan Manchester United dari bawah.


Ketiadaan Michael Carrick amat dirasai dalam perlawanan menentang Cardiff baru-baru ini. Man Utd agak lemas di bahagian tengah dan Wayne Rooney terpaksa turun bawah untuk mendapatkan bola. Oleh itu, David Moyes mempunyai tugas berat di bulan ini dan Disember kerana Carrick akan tidak dapat beraksi selama lebih sebulan buat Manchester United.

Apa-apa pun selamat sembuh kembali Michael Carrick. Glory Glory Man Utd.

- Fanatik Man Utd

No comments:

Post a Comment