Manchester United Dan Chelsea Mahukan Julian Brandt?



Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris di katakan berminat untuk membida pemain muda dari kelab Bundasliga, Bayer Leverkusen iaitu Julian Brandt yang dikatakan mirip bintang United, Adnan Januzaj. Baru berusia 17 tahun, Brandt sudah pun menarik perhatian ramai dengan keupayaan mengawal bola dan kematangannya di padang bola. David Moyes telah pun memerhatikan bintang muda ini beberapa kali dengan Chelsea juga mahukan Brandt. Chelsea pernah cuba mendapatkan Brandt semasa dia masih bersama Wolfsburg. Akan tetapi Julian Brandt memilih Bayer Leverkusen kerana mahu lebih peluang untuk beraksi dan meningkatkan mutu permainannya.


Jika kedua-dua kelab membuat bidaan, Manchester United mempunyai peluang yang lebih baik kerana kesudiaan mereka memberi peluang untuk pemain-pemain muda seperti Phil Jones dan Adnan Januzaj untuk beraksi dan mengilap bintang mereka.

No comments:

Post a Comment