Wayne Rooney Siap Sedia Tandatangani Kontrak Baru



Bintang Manchester United, Wayne Rooney kini bersiap sedia untuk menandatangani kontrak baru yang akan membawa beliau kekal di Old Trafford sehingga 2018. Menerusi kontrak baru ini, Rooney dikatakan akan memperolehi pendapatan sebanyak £300,000 seminggu dan menamatkan teka teki mengenai masa depan beliau di kelab gergasi England ini.

Berita ini pastinya mengembirakan para penyokong The Red Devils yang kecewa dengan prestasi kelab mereka musim ini. Rooney juga di jangka akan mengambil alih jawatan ketua pasukan dari Nemanja Vidic yang akan berpindah ke kelab lain di akhir musim nanti.

- Fanatik Man Utd

No comments:

Post a Comment