Man Utd v Bayer Leverkusen


3.45 pagi esok (Khamis, waktu Malaysia), Manchester United akan bertandang ke BayArena bagi perlawanan kumpulan A Liga Juara-Juara menentang kelab dari Jerman, Bayer Leverkusen. Manchester United perlu menang perlawanan ini bagi mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Kekalahan tidak akan menutup peluang ke pusingan seterusnya, namun akan memberikan sedikit tekanan bagi pasukan bimbingan David Moyes itu bila berhadapan dengan Shakhtar Donetsk di perlawanan terakhir mereka peringkat kumpulan ini. Tambahan pula, Manchester United pastinya ingin kekal ditangga teratas dan menjuarai kumpulan A bagi mendapat status pasukan pilihan yang pastinya membantu mengelak pasukan kuat di peringkat awal lagi.

Tiga tonggak utama, Robin van Persie, Nemanja Vidic dan Michael Carrick tidak akan beraksi dalam perlawanan ini kerana kecederaan, manakala pemain antarabangsa Belgium, Marouane Fellaini digantung perlawanan atas kad merah yang diterima semasa menentang Real Sociedad.

Tanpa Michael Carrick dan Marouane Fellaini, David Moyes pastinya berdoa agar pemain England, Phil Jones dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi di bahagian tengah. Jones yang mengalami kecederaan dibahagian kelengkang dan tidak dapat beraksi menentang Cardiff hari Ahad lalu telah dilapurkan turut serta dalam penerbangan pasukan Manchester United ke Jerman. Beliau diramalkan bakal beraksi bersama-sama Ryan Giggs di bahagian tengah memandangkan prestasi yang menurun yang ditunjukkan oleh Tom Cleverly dan Anderson musim ini.

Bayer Leverkusen mempunyai rekod yang amat cemerlang di BayArena dan David Moyes tahu pemain-pemainnya perlu cemerlang untuk membawa pulang keputusan yang positif dari Jerman. Selamat berjaya Man Utd! GGMU.

- Fanatik Man Utd

No comments:

Post a Comment