Kevin Strootman Ke Manchester United?



Salah seorang pemain yang amat diidam-idamkan kehadirannya ke Old Trafford dan menyarung jersi “The Red Devils” pastinya pemain antarabangsa Belanda iaitu Kevin Strootman. Pemain tengah yang punyai pakej yang lengkap iaitu hantaran yang baik, takle yang keras dan keupayaan menjaringkan gol sudah tentu mampu menguatkan lagi jentera pasukan Manchester United terutama di bahagian tengah yang amat bergantung kepada kebijaksanaan Michael Carrick mengawal permainan.


Berita terkini dari Itali melapurkan bahawa, kelab Serie A, Roma bersedia mendengar bidaan bagi pemain handalan mereka itu walaupun Presiden kelab, James Pallotta lebih mahukan Kevin kekal bersama mereka. Menurut Pallotta jika ada bidaan yang besar untuk  Strootman, maka dia perlu mempertimbangkannya.

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal sememangnya meminati corak permainan yang ditunjukkan oleh Strootman. Jika, dia pasti pemain itu telah pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami tahun lalu, tidak mustahil jika Strootman berpindah ke Old Trafford bulan ini atau Jun nanti. Wang bukanlah masaalah buat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris ini. Yang penting kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual dan membeli. Kita nantikan sahaja perkembangannya nanti. GGMU!

- Fanatik Manchester United

No comments:

Post a Comment